Ad-Duha

سورة الضحى

Surah 93 · Makkiyyah · 11 ayat

93:1Juz 30 · hlm. 596

وَالضُّحَىٰ1

Demi waktu dhuha,
93:2Juz 30 · hlm. 596

وَاللَّيْلِ إِذَا سَجَىٰ2

Dan malam apabila ia sunyi-sepi -
93:3Juz 30 · hlm. 596

مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَىٰ3

(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
93:4Juz 30 · hlm. 596

وَلَلْآخِرَةُ خَيْرٌ لَكَ مِنَ الْأُولَىٰ4

Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.

وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَىٰ5

Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati.
93:6Juz 30 · hlm. 596

أَلَمْ يَجِدْكَ يَتِيمًا فَآوَىٰ6

Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?
93:7Juz 30 · hlm. 596

وَوَجَدَكَ ضَالًّا فَهَدَىٰ7

Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)?
93:8Juz 30 · hlm. 596

وَوَجَدَكَ عَائِلًا فَأَغْنَىٰ8

Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?
93:9Juz 30 · hlm. 596

فَأَمَّا الْيَتِيمَ فَلَا تَقْهَرْ9

Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,
93:10Juz 30 · hlm. 596

وَأَمَّا السَّائِلَ فَلَا تَنْهَرْ10

Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;
93:11Juz 30 · hlm. 596

وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ11

Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

Main dari awal surah