Al-Mursalat

سورة المرسلات

Surah 77 · Makkiyyah · 50 ayat

77:1Juz 29 · hlm. 580

وَالْمُرْسَلَاتِ عُرْفًا1

Demi (makhluk-makhluk) yang dihantarkan berturut-turut (menjalankan tugasnya),
77:2Juz 29 · hlm. 580

فَالْعَاصِفَاتِ عَصْفًا2

Juga yang merempuh mara dengan sekencang-kencangnya,
77:3Juz 29 · hlm. 580

وَالنَّاشِرَاتِ نَشْرًا3

Dan demi (makhluk-makhluk) yang menyebarkan (pengajaran dan peringatan) dengan sebaran yang sesungguh-sungguhnya,
77:4Juz 29 · hlm. 580

فَالْفَارِقَاتِ فَرْقًا4

Serta yang memisahkan (antara yang benar dengan yang salah) dengan pemisahan yang sejelas-jelasnya,
77:5Juz 29 · hlm. 580

فَالْمُلْقِيَاتِ ذِكْرًا5

Lalu menyampaikan pengajaran dan peringatan (kepada manusia),
77:6Juz 29 · hlm. 580

عُذْرًا أَوْ نُذْرًا6

Untuk menghapuskan kesalahan orang-orang yang bertaubat serta memperbaiki keadaan dirinya, dan untuk menakutkan orang-orang yang ingkar - derhaka; -
77:7Juz 29 · hlm. 580

إِنَّمَا تُوعَدُونَ لَوَاقِعٌ7

(Sumpah demi sumpah) sesungguhnya segala yang dijanjikan kepada kamu tetap berlaku.
77:8Juz 29 · hlm. 580

فَإِذَا النُّجُومُ طُمِسَتْ8

Oleh itu, apabila bintang-bintang (binasa dan) hilang lenyap;
77:9Juz 29 · hlm. 580

وَإِذَا السَّمَاءُ فُرِجَتْ9

Dan apabila langit terbelah;
77:10Juz 29 · hlm. 580

وَإِذَا الْجِبَالُ نُسِفَتْ10

Dan apabila gunung-ganang hancur lebur berterbangan;
77:11Juz 29 · hlm. 580

وَإِذَا الرُّسُلُ أُقِّتَتْ11

Dan apabila Rasul-rasul ditentukan waktunya untuk dipanggil menjadi saksi terhadap umatnya, (maka sudah tentu manusia akan menerima balasan masing-masing).
77:12Juz 29 · hlm. 580

لِأَيِّ يَوْمٍ أُجِّلَتْ12

(Jika ditanya): ke hari yang manakah (perkara-perkara yang besar) itu ditangguhkan?
77:13Juz 29 · hlm. 580

لِيَوْمِ الْفَصْلِ13

(Jawabnya): Ke hari pemutusan hukum.
77:14Juz 29 · hlm. 580

وَمَا أَدْرَاكَ مَا يَوْمُ الْفَصْلِ14

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pemutusan hukum itu?
77:15Juz 29 · hlm. 580

وَيْلٌ يَوْمَئِذٍ لِلْمُكَذِّبِينَ15

Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (apa yang dijanjikan oleh Rasulnya)!
77:16Juz 29 · hlm. 580

أَلَمْ نُهْلِكِ الْأَوَّلِينَ16

Bukankah Kami telah binasakan orang-orang dahulu (yang ingkar derhaka, seperti kaum Nabi Nuh, Aad dan Thamud)?
77:17Juz 29 · hlm. 580

ثُمَّ نُتْبِعُهُمُ الْآخِرِينَ17

Kemudian kami akan iringi mereka dengan (membinasakan orang-orang yang ingkar derhaka, dari) kaum-kaum yang datang kemudian.
77:18Juz 29 · hlm. 580

كَذَٰلِكَ نَفْعَلُ بِالْمُجْرِمِينَ18

Demikian cara kami lakukan terhadap sesiapa yang berdosa.
77:19Juz 29 · hlm. 580

وَيْلٌ يَوْمَئِذٍ لِلْمُكَذِّبِينَ19

Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (apa yang Kami janjikan)!
77:20Juz 29 · hlm. 581

أَلَمْ نَخْلُقْكُمْ مِنْ مَاءٍ مَهِينٍ20

Bukankah Kami telah menciptakan kamu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang?
77:21Juz 29 · hlm. 581

فَجَعَلْنَاهُ فِي قَرَارٍ مَكِينٍ21

Lalu Kami jadikan air (benih) itu pada tempat penetapan yang kukuh,
77:22Juz 29 · hlm. 581

إِلَىٰ قَدَرٍ مَعْلُومٍ22

Hingga ke suatu masa yang termaklum?
77:23Juz 29 · hlm. 581

فَقَدَرْنَا فَنِعْمَ الْقَادِرُونَ23

Serta Kami tentukan (keadaannya), maka Kamilah sebaik-baik yang berkuasa menentukan dan melakukan (tiap-tiap sesuatu)!
77:24Juz 29 · hlm. 581

وَيْلٌ يَوْمَئِذٍ لِلْمُكَذِّبِينَ24

Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (kekuasaan Kami)!
77:25Juz 29 · hlm. 581

أَلَمْ نَجْعَلِ الْأَرْضَ كِفَاتًا25

Bukankah Kami telah menjadikan bumi (sebagai tempat) penampung dan penghimpun (penduduknya)? -
77:26Juz 29 · hlm. 581

أَحْيَاءً وَأَمْوَاتًا26

Yang hidup dan yang mati?
77:27Juz 29 · hlm. 581

وَجَعَلْنَا فِيهَا رَوَاسِيَ شَامِخَاتٍ وَأَسْقَيْنَاكُمْ مَاءً فُرَاتًا27

Dan Kami telah jadikan di bumi: gunung-ganang yang menetapnya, yang tinggi menjulang; dan Kami telah memberi minum kepada kamu air yang tawar lagi memuaskan dahaga?
77:28Juz 29 · hlm. 581

وَيْلٌ يَوْمَئِذٍ لِلْمُكَذِّبِينَ28

Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (nikmat-nikmat pemberian Kami)!
77:29Juz 29 · hlm. 581

انْطَلِقُوا إِلَىٰ مَا كُنْتُمْ بِهِ تُكَذِّبُونَ29

(Dikatakan kepada mereka semasa ditimpakan dengan azab): "Pergilah kepada azab yang dahulu kamu mendustakannya.
77:30Juz 29 · hlm. 581

انْطَلِقُوا إِلَىٰ ظِلٍّ ذِي ثَلَاثِ شُعَبٍ30

"Pergilah kamu kepada naungan (asap neraka) yang bercabang tiga, -
77:31Juz 29 · hlm. 581

لَا ظَلِيلٍ وَلَا يُغْنِي مِنَ اللَّهَبِ31

"Yang tidak dapat dijadikan naungan, dan tidak dapat memberikan sebarang lindungan dari julangan api neraka.
77:32Juz 29 · hlm. 581

إِنَّهَا تَرْمِي بِشَرَرٍ كَالْقَصْرِ32

"Sesungguhnya neraka itu melemparkan bunga api, (yang besarnya) seperti bangunan besar,
77:33Juz 29 · hlm. 581

كَأَنَّهُ جِمَالَتٌ صُفْرٌ33

"(Banyaknya dan warnanya) bunga api itu seolah-olah rombongan unta kuning".
77:34Juz 29 · hlm. 581

وَيْلٌ يَوْمَئِذٍ لِلْمُكَذِّبِينَ34

Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (keadaan yang demikian).
77:35Juz 29 · hlm. 581

هَٰذَا يَوْمُ لَا يَنْطِقُونَ35

Inilah hari mereka tidak dapat berkata-kata, (kerana masing-masing terpinga-pinga ketakutan),
77:36Juz 29 · hlm. 581

وَلَا يُؤْذَنُ لَهُمْ فَيَعْتَذِرُونَ36

Dan tidak pula diizinkan mereka bercakap, maka mereka tidak dapat meminta maaf.
77:37Juz 29 · hlm. 581

وَيْلٌ يَوْمَئِذٍ لِلْمُكَذِّبِينَ37

Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (hari akhirat)!
77:38Juz 29 · hlm. 581

هَٰذَا يَوْمُ الْفَصْلِ ۖ جَمَعْنَاكُمْ وَالْأَوَّلِينَ38

Inilah hari pemutusan hukum (yang menentukan siapa yang benar dan siapa yang salah). Kami himpunkan kamu bersama orang-orang yang terdahulu (dari kamu).
77:39Juz 29 · hlm. 581

فَإِنْ كَانَ لَكُمْ كَيْدٌ فَكِيدُونِ39

Oleh itu, kalau kamu ada sebarang tipu-helah melepaskan diri, maka cubalah kamu lakukan terhadap azabKu.
77:40Juz 29 · hlm. 581

وَيْلٌ يَوْمَئِذٍ لِلْمُكَذِّبِينَ40

Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (apa yang telah dijanjikan oleh Allah)!
77:41Juz 29 · hlm. 581

إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي ظِلَالٍ وَعُيُونٍ41

Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada di tempat teduh (yang dipenuhi pelbagai nikmat), dan yang berdekatan dengan matair-matair (yang mengalir), -
77:42Juz 29 · hlm. 581

وَفَوَاكِهَ مِمَّا يَشْتَهُونَ42

Serta menikmati buah-buahan dari segala jenis yang mereka ingini.
77:43Juz 29 · hlm. 581

كُلُوا وَاشْرَبُوا هَنِيئًا بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ43

(Pada ketika itu dikatakan kepada mereka): "Makanlah dan minumlah kamu dengan lazatnya, disebabkan apa yang kamu telah kerjakan."
77:44Juz 29 · hlm. 581

إِنَّا كَذَٰلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ44

Sesungguhnya, demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan amal-amal yang baik.
77:45Juz 29 · hlm. 581

وَيْلٌ يَوْمَئِذٍ لِلْمُكَذِّبِينَ45

Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (nikmat-nikmat Syurga)!
77:46Juz 29 · hlm. 581

كُلُوا وَتَمَتَّعُوا قَلِيلًا إِنَّكُمْ مُجْرِمُونَ46

Makanlah dan bersenang-senanglah kamu (wahai orang-orang yang ingkar derhaka) sementara waktu hidup, (kemudian kamu akan menghadapi bahaya), kerana sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang berdosa.
77:47Juz 29 · hlm. 581

وَيْلٌ يَوْمَئِذٍ لِلْمُكَذِّبِينَ47

Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (amaran Allah), -
77:48Juz 29 · hlm. 581

وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ ارْكَعُوا لَا يَرْكَعُونَ48

Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang ingkar): "Taatlah dan kerjakanlah sembahyang", mereka enggan mengerjakannya.
77:49Juz 29 · hlm. 581

وَيْلٌ يَوْمَئِذٍ لِلْمُكَذِّبِينَ49

Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (perintah-perintah Allah dan laranganNya)!
77:50Juz 29 · hlm. 581

فَبِأَيِّ حَدِيثٍ بَعْدَهُ يُؤْمِنُونَ50

(Kalau mereka tidak juga mahu beriman kepada keterangan-keterangan yang tersebut) maka kepada perkataan yang mana lagi, sesudah itu, mereka mahu beriman?

Main dari awal surah