Al-Humazah

سورة الهمزة

Surah 104 · Makkiyyah · 9 ayat

104:1Juz 30 · hlm. 601

وَيْلٌ لِكُلِّ هُمَزَةٍ لُمَزَةٍ1

Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji,
104:2Juz 30 · hlm. 601

الَّذِي جَمَعَ مَالًا وَعَدَّدَهُ2

Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya;
104:3Juz 30 · hlm. 601

يَحْسَبُ أَنَّ مَالَهُ أَخْلَدَهُ3

Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!
104:4Juz 30 · hlm. 601

كَلَّا ۖ لَيُنْبَذَنَّ فِي الْحُطَمَةِ4

Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam "Al-Hutamah".
104:5Juz 30 · hlm. 601

وَمَا أَدْرَاكَ مَا الْحُطَمَةُ5

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Al-Hutamah" itu?
104:6Juz 30 · hlm. 601

نَارُ اللَّهِ الْمُوقَدَةُ6

(Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya), -
104:7Juz 30 · hlm. 601

الَّتِي تَطَّلِعُ عَلَى الْأَفْئِدَةِ7

Yang naik menjulang ke hati;
104:8Juz 30 · hlm. 601

إِنَّهَا عَلَيْهِمْ مُؤْصَدَةٌ8

Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka.
104:9Juz 30 · hlm. 601

فِي عَمَدٍ مُمَدَّدَةٍ9

(Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang.

Main dari awal surah

Ibrahim Al-Akhdar - Al-Humazah · Tlawati